Monday, May 11
Bina MiniSite Tanpa Photoshop
Minisite Adalah Laman Web yang mengandungi 1 halaman utama sahaja. Ia tidak memerlukan sejumlah halaman kerana dengan 1 halaman utama inilah yang bakal menentukan sama ada anda berkemampuan untuk menjana keuntungan ataupun tidak.
Mengapa 1 halaman utama sahaja? Ini disebabkan kita sebagai pemilik laman minisite mahukan pelawat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang ingin kita sampaikan. Kita tidak mahu mereka terganggu dengan lain – lain perkara selain daripada apa yang ingin kita sampaikan.
Inilah kekuatan yang ada pada minisite dalam aktiviti pemasaran yang dijalankan. Anda tidak perlu pening kepala untuk membina sejumlah halaman kerana cukup 1 halaman sahaja ia bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada anda.
Pendek kata, penggunaan minisite yang cukup mudah dan terbukti berkesan dalam pemasaran internet adalah pilihan yang terbaik untuk anda mula memasarkan produk atau perkhidmatan anda di internet.
Anda tidak memerlukan kos yang besar untuk membinanya… Anda tidak memerlukan perisian atau peralatan yang canggih untuk menghasilkan minisite yang menguntungkan… Apa yang perlu anda miliki adalah kemahiran untuk membinanya…
0 Responses to “Bina MiniSite Tanpa Photoshop”
Post a Comment
lepas baca tuh.. komen2 la skit ek.. untuk memperbaiki hasil penulisan saya dalam blog ni.. k trimas