Thursday, May 28

Pay per Lead

Baiklah, saya tak sabar nak berkongsikan perkara ini kepada anda semua. Sebab itu saya gabungkan sekali dengan post hari ini :)

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, izinkan saya masuk ke dalam minda anda sebentar.

Bayangkan, ada seorang hamba Allah ini begitu bermurah hati untuk berikan anda duit. Dia tinggal tidak jauh daripada anda.
Setiap kali anda menyapa rakan anda, hamba Allah ini akan membayar anda. Setiap kali anda sapa, anda dibayar.

Menarik bukan ?
Mungkin hamba Allah ini tidaklah sekaya mana untuk berikan anda duit dalam jumlah yang besar, namun nilai 20 sen /sapa, bagi saya adalah tinggi.

Bayangkanlah, dalam sehari, berapa ramai anda bertemu dengan rakan-rakan ?
Ramai bukan? :)

Katakan anda mempunyai 1000 orang rakan, anda sudah berjaya mendapat RM200, percuma-percuma sahaja. Tanpa buat apa-apa,
selain menyapa.

Bestlah kan jika begitu ?

Ok, cukup-cukup. Saya tak nak menganggu minda anda lama-lama.

Baiklah,apakah itu pay per lead?

Daripada penerangan di atas, saya harap anda boleh nampak konsepnya.
Mari Kita Lihat PPL Dari Segi Perkataan

Pay Per Lead juga dikenali sebagai PPL.
Kita pergi, perkataan demi perkataan.

Pay = bayar
Per = setiap
Lead = prospek

Maksudnya ialah, anda dibayar bagi setiap prospek yang anda bawa kepada saya.
Prospek ? Aduh, susah tu.

Tak lah, tidak susah. Prospek yang saya maksudkan itu ialah, “email” . Setiap email yang anda dapatkan, anda akan mendapat bayaran.

Baik, itu berkenaan dengan maksud PPL.
Persoalannya, bagaimana nak berikan “email” itu kepada penganjur PPL ?

Kebiasaannya, anda perlu mendaftar untuk mendapatkan unik link milik anda. Unik link ini adalah tidak akan sama, antara seorang dengan seorang yang lain.

Kemudian, link ini, anda boleh promosikan melalui :

1. email
2. Friendster,myspace,facebook dan yang seumpama dengannya
3. Blog. Jika anda mempunyai blog, anda boleh promosikan link tersebut di blog anda.
Pembayaran

1. Seperti yang diterangkan di atas, anda akan dibayar bagi setiap email yang anda terima.
2. Maklumat bank dan maklumat peribadi anda akan diambil, untuk proses pembayaran komisen nanti
3. Bagi sesetengah penganjur PPL ini, anda akan dibayar apabila mencapai jumlah email yang tertentu. (lihat terma dan syarat program PPL yang anda sertai)
4. Tempoh bagi kebiasaan program PPL adalah di antara sebulan hingga 3 bulan. Namun ada juga yang lebih
Kenapa anda perlu sertai program PPL ?

1. Biasanya, penganjur PPL menawarkan sesuatu yang PERCUMA. Samada ebook, software atau apa sahaja yang mana harganya jika dijual mungkin bernilai puluhan hingga ribuan ringgit.
2. Daftar adalah PERCUMA
3. Peluang dapat duit mudah. Sama seperti cerita mula-mula tadi, hanya sebarkan link sahaja, dan anda sudah selangkah menerima duit secara online (yang mungkin duit pertama anda terima daripada online)
4. Peluang untuk rakan anda menyertai PPL adalah tinggi, kerana mereka bakal mendapat produk PERCUMA
Apakah kelebihan program PPL kepada penganjur ?

1. Pihak penganjur bakal mendapat prospek yang ramai, yang mana keuntungan yang bakal diperoleh lebih tinggi daripada apayang dilaburkan. Namun, tidak semua mencapai target.
2. Pahala. Ada pihak penganjur yang suka-suka tabur duit. Sangat-sangat jarang berlaku
3. Popular. Percayakah anda, pihak penganjur bakal menjadi popular kerana program PPL yang mereka anjurkan?
4. dan 1001 macam lagi sebab, pihak penganjur mengadakan program PPL ini.
Glossari :

Ada beberapa istilah yang biasanya anda akan temui apabila menyertai program PPL ini. Di bawah adalah sebahagiannya.

1. PERCUMA - samada ebook, software atau seminar percuma
2. OTO - atau One Time Offer. Perhatikan “offer” atau tawaran yang diberikan pihak penganjur ini, kerana kebiasaannya, tawaran yang diberi adalah sesuatu YANG TERLALU MURAH daripada biasa, dan ianya datang hanya sekali.
3. borang Opt In - borang yang digunakan untuk mengambil maklumat mengenai anda. Biasanya nama dan email
4. Confirmation link - link akan dihantar ke alamat email yang anda berikan untuk tujuan pengesahan, sebelum anda dapat memuat turun (download) produk yang dijanjikan. Pastikan anda memberi email yang sah tau :)
5. Newsletter - follow up email. Pihak penganjur, biasanya akan menawarkan newsletter kepada anda, sebagai salah satu langkah menghargai anda. Newsletter ini dihantar terus kepada email anda. Biasanya, merupakan tip-tip dan panduan-panduan yang anda jarang dapati di internet
6. Unsubscribe - atau berhenti langganan. Bagi saya tindakan ini adalah tidak bijak. Ini kerana, biasanya, penganjur PPL akan beri lagi anda software, ebook atau tip-tip yang sangat bernilai. Namun begitu, jika anda mendapat pihak penganjur PPL yang “terlalu rajin” buat newsletter, unsubscribe sahajalah. Biar pada muka !

itu adalah sebahagian sahaja. Jika anda temui istilah-istilah yang tidak difahami, anda boleh bertanya terus di ruang komen di bawah

klik sini


Artikel dari: Raja KAmil

Tags: , , , ,

0 Responses to “Pay per Lead”

Post a Comment

lepas baca tuh.. komen2 la skit ek.. untuk memperbaiki hasil penulisan saya dalam blog ni.. k trimas

Recent Posts

opt in form sini

Subscribe

Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

© 2013 Aku Ada Sesuatu. All rights reserved.
Designed by SpicyTricks